Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar memanfaatkan kemudahan di internet seperti youtube untuk menimba ilmu baru..
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diarahkan mencari video cara-cara membuat penanda buku. Seterusnya,setelah video ditontonkan peserta diminta membuat penanda buku masing-masing dengan menggunakan kertas A4 berwarna. Petugas membimbing sepanjang aktiviti dijalankan. Akhir sekali , mereka menghiasi penanda buku tersebut dengan kreativiti masing-masing.