Tarikh   : 2 September 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan laman postermywall dan membuat sesuatu tarikan terhadap poster perniagaan.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan factor utama dalam membuat sesuatu poster air hendaklah ada tarikan. Peserta diminta membuka laman PosterMywall.  Seterusnya, peserta diminta memilih template di Postermywall tersebut dan tekan 'edit design'. Selepas itu, peserta memuat turun gambar air green tea yang diminta oleh petugas di google. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar yang telah di muat turun tadi ke dalam laman postermywall. Selain memasukkan gambar, petugas juga mengajar cara mengedit latar belakang, warna tulisan dan gambar tambahan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan template yang telah diedit itu dengan menekankan butang 'download'.

Klik sini untuk lihat foto