Tarikh    : 3 Oktober 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengarahkan peserta untuk memuat turun gambar-gambar yang diperlukan seperti latar belakang yang ada hutan, sungai, anjing dan tulang. Selepas itu, peserta membuka perisian Microsoft Powerpoint. Seterusnya dengan gambar hutan yang telah dimuat turun tadi, peserta akan memasukkan nya dengan kaedah menekan Insert>Pictures>This Device. Untuk teks pula, peserta akan menekankan Insert>Shapes>WordArt. Akhir sekali, peserta akan menyimpan slide pembentangan tersebut dengan menekan File>Save.

klik sini untuk lihat foto