Tarikh : 22 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar lebih berfikiran terbuka cara menyelesaikan masalah.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta melihat contoh melalui tontonan youtube terlebih dahulu. Seterusnya, peserta diagihkan kertas yang sudah dicetak bergambr rajah bulat-bulat agar senang untuk memasukkan kacang hijau. Selepas itu, setiap baris mestilah mempunyai sepuluh biji kacang hijau. Peserta akan mengeluarkan 1 biji kacang hijau dan fikir bagaimana nak jadikan setiap baris mendapat kiraan 10 biji kacang hijau. Akhir sekali, peserta akan membuat lagi pengiraan apabila 1biji kacang dikeluarkan lagi.
Tarikh : 20 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta dapat mengulangkaji pelajaran walaupun bukan di sekolah.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta akan menggunakan google dan menaip laman Quizziz. Selepas itu, di laman itu nanti pengajar akan mengawasi dan menjadi pemerhati peserta dalam menjawab soalan. Semasa kuiz itu berlangsung,waktu itulah peserta akan belajar dan mengulangkaji. Akhir sekali, peserta akan tahu seberapa banyak kefahaman yang mereka dapat.
Tarikh : 15 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan. Selepas itu, pengajar menerangkan langkah-langkah untuk membuat kek batik. Apabila semua adunan siap dicampurkan semua,maka peserta diajarkan cara menekan kek batik itu dengan betul agar tidak ada yang berlubang didalamnya. Seterusnya, peserta menunggu kek tersebut sejuk sebentar sebelum hendak memotongnya. Akhir sekali, pengajar mengawasi sepanjang program.
Tarikh : 17 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft PowerPoint..
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta akan mencari gambar impian-impian mereka. Selepas itu, peserta akan membuka perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat tugasan yang diberi. Peserta menekan Layout terlebih dahulu,selepas itu tekan Orientation pilih Landskap. Peserta memasukkan kotak segi empat ke dalam slide tersebut dengan cara tekan Insert>Shapes tekan segi empat. Seterusnya, peserta akan memasukkan teks dengan cara tekan Insert>WordArt. Selepas itu, peserta akan memasukkan gambar-gambar Impian mereka dengan cara tekan insert>Shapes>Fill>Picture. Akhir sekali,peserta akan menyimpan kerja dengan menekan File>Save as>Pdf.
Tarikh : 7 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta mencari gambar latar belakang untuk poster yang dibuat. Selepas itu, peserta buka perisian Microsoft PowerPoint dan memasukkan gambar yang dicari tadi. Kemudian, peserta menekan Insert>Pictures>This Picture>Insert. Seterusnya,peserta memasukkan Shapes untuk mengisi teks dengan cara menekan Insert>Shapes. Akhir sekali, pengajar mengajar cara menyimpan hasil kerja dengan menekan File>Save.