Tarikh : 4 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memanfaatkan kegunaan internet yang sedia ada.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta melihat tontonan di youtube terlebih dahulu untuk melihat cara membuat “magic hack” tersebut. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta duduk dilantai bersama rakan Kumpulan yang telah ditetapkan. Seterusnya, Pengajar mengagihkan bahan-bahan seperti kertas A4, kertas lamina, gunting dan maker berwarna kepada peserta. Peserta akan melukis bentuk bunga dan baju di kertas lamina. Peserta akan mewarnakan bentuk tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta menggabungkan kertas A4 dan kertas lamina mengikut Langkah-langkah yang ditunjukkan dalam youtube.
Tarikh : 2 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan laman postermywall dan membuat sesuatu tarikan terhadap poster perniagaan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan factor utama dalam membuat sesuatu poster air hendaklah ada tarikan. Peserta diminta membuka laman PosterMywall. Seterusnya, peserta diminta memilih template di Postermywall tersebut dan tekan 'edit design'. Selepas itu, peserta memuat turun gambar air green tea yang diminta oleh petugas di google. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar yang telah di muat turun tadi ke dalam laman postermywall. Selain memasukkan gambar, petugas juga mengajar cara mengedit latar belakang, warna tulisan dan gambar tambahan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan template yang telah diedit itu dengan menekankan butang 'download'.
Tarikh : 14 Ogos 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar lebih memahami dan mendalami cara penggunaan Microsoft powerpoint untuk membuat slide.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian microsoft Powerpoint. Selepas itu, petugas mengajar mencari gambar di google terlebih dahulu. peserta diajar cara memasukkan gambar ke dalam slide tersebut. Seterusnya, peserta memasukkan text box dengan menekan Insert>text box. Akhir sekali, peserta kemudian diajar cara nak mengggunakan slide apabila hendak dibentangkan kelak.
Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar lebih berkeyakinan di khalayak ramai dan memupuk keberanian peserta untuk tampil dihadapan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara bercakap bagaimana dengan itonasi ketika tengah bercerita. Seterusnya, pengajar membahagikan beberapa kumpulan untuk peserta. Kemudian peserta akan membentangkan slide yang telah pengajar sediakan. Akhir sekali,pengajar akan memilih mana yang lebih baik untuk mereka lebih semangat lagi selepas ini untuk membuat pembentangan.
Tarikh : 11 Ogos 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara memuat turun gambar seperti dalam kertas yang telah diedarkan dengan menggunakan google. Peserta akan memasukkan table dahulu dengan kaedah Insert>Shapes. Selepas itu, kotak tersebut perlu ditukar hitam putih dengan cara tekan Fill>warna putih. Setelah kesemua kotak telah dibuat maka peserta akan memasukkan gambar-gambar yang telah di cari tadi. Akhir sekali, mereka akan padankan gambar rajah dengan text yang telah dibuat.