Tarikh   : 15 Julai 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti yang dijalankan 

Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan terlebih dahulu bahan-bahan yang perlu digunakan. Selepas itu, pengajar menerangkan langkah-langkah untuk membuat biskut cornflakes. Apabila semua adunan siap dicampurkan semua, maka peserta diajarkan cara mengisi biskut tersebut ke dalam paper cups. Seterusnya, peserta menghiasai biskut tersebut dengan coklat rice rainbow. Akhir sekali, pengajar mengawasi semua peserta sepanjang program aktiviti. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 10 Julai 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

Aktiviti yang dijalankan 

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara memuat turun gambar icon seperti rumah, pokok, sekolah, masjid dan lain-lain dengan menggunakan google. Seterusnya, petugas mengajar cara membina landasan jalanraya dengan menekan Insert>Shapes>(Tekan bentuk segi empat dan juga bulat untuk bulatan). Selepas itu, apabila landasan siap dilakar dengan menggunakan kaedah yang diajar tadi maka ,peserta diminta untuk memasukkan anak panah ke dalam landasan jalan raya tersebut. Akhir sekali, peserta diajarkan cara meletakkan icon gambar yang telah dimuat turun tadi.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 2 Julai 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, pesertadiperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar untuk memuat turun gambar-gambar kartun seperti dalam gambar rajah yang telah dicetakan dari Google. Seterusnya peserta diajar cara membuat dan mengatur jadual jika ada gambar dan teks. Selepas itu, peserta diajar memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Pictures>This Device>Insert ke dalam Microsoft Word. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan ayat dengan menggunakan fungsi Insert>WordArt. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan supaya tugasan kerja tadi tidak hilang.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 7 Julai 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar memanfaatkan kemudahan di internet seperti youtube untuk menimba ilmu baru.

Aktiviti yang dijalankan 

Pada permulaan kelas, peserta menonton video cara membuat sampul surat terlebih dahulu. Setelah menonton video tersebut, peserta berkumpul di lantai untuk memudahkan mereka membuat sampul surat. Selepas itu, dengan menggunakan kreativiti masing-masing maka terciptalah sampul surat mereka. Petugas membimbing sepanjang kelas dilangsungkan. 

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 1 Julai 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan laman postermywall dan membuat sesuatu tarikan terhadap menu perniagaan.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan factor utama dalam membuat sesuatu katalog menu makanan hendaklah ada tarikan. Peserta diminta membuka laman postermywall. Seterusnya, mereka diminta memilih template di postermywall tersebut dan tekan ‘edit design’. Selepas itu, peserta memuat turun gambar makanan yang diminta di google. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar yang telah di muat turun tadi ke dalam laman postermywall. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan template yang telah diedit itu dengan menekankan butang ‘download’.

Klik sini untuk lihat foto