Petugas menerangkan syarat pertandingan mewarna online mengikut masa yang telah diperuntukkan. Peserta membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com . Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Hasil kerja peserta akan dinilai sendiri oleh petugas untuk mencari siapa warna yang paling sesuai dengan lukisan yang tersedia.
Laporan Januari - Pertandingan Mewarna Online
Tarikh : 4 Januari 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peseerrta dalam memilih warna yang sesuai dipadankan dengan sesuatu objek.
Aktiviti
Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih. Petugas menguji kemahiran peserta dengan pertandingan mewarna online. Peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberi dengan masa yang telah ditetapkan. Petugas menilai sendiri hasil kerja peserta dan sesi penyampaian hadiah pada akhir pertandingan diadakan bagi mengumumkan nama pemenang pertandingan tersebut.