70952676 10157421046921168 8176094804900315136 o 74661806 1406387412856587 735839597019267072 n 43635912 177563646481967 1569297366815604736 o

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Salem Bin Haji Bujang

Umur

59 tahun

Alamat

No. 105 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Ikan bulu atau ikan mulu merupakan ikan bermusim yang cukup terkenal di Kampung Mang. Setiap tahun apabila menjelangnya bulan September hingga November, ianya menjadi waktu yang ditunggu-tunggu oleh nelayan kerana telah bermulanya musim ikan bulu. Menurut sumber yang  dipetik  daripada facebook Ed Ismail, kebiasaannya ikan sungai ini ditangkap dengan pukat bersaiz kecil, perolehannya mungkin boleh mencecah sehingga 500 kg. Pada zaman 80-an dan 90-an dulu, harganya hanya RM1 untuk 10 ekor tetapi hari ini harga sekilo bagi ikan bulu ialah RM10 dan yang bertelur RM18.

Ikan ini biasanya sedap dimasak dengan cara rebus berasamkan buah nanas atau buah pedada (gogam), digoreng kunyit, dipais, dibakar atau dibuat masak tempoyak. Ironinya, kehadiran ikan Mulu ini hanya di hulu sungai Batang Samarahan, di Batang Lupar serta Batang Sadong. Ikan bulu mungkin tidaklah begitu popular seperti ikan terubok tetapi kehadirannya mengikut musim membawa dirinya sebagai ikonik Samarahan (replikanya ada dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).