AKTIVITI WANITA

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Antara peserta wanita Kampung Niup yang membuat pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia. Setiap hari rabu mereka akan berjumpa dengan cikgu AIM untuk membayar pinjaman. 

DSCN1168

DSCN7199

Peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) mengikuti latihan Dashboard Komuniti My Shop

di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Samarahan

 

KEMAS KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

KEMAS Samarahan telah menganjurkan pelbagai aktiviti khas untuk disertai oleh kaum wanita di sini. Kemas menyediakan 4 program kepada komuniti iaitu Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pembangunan Desa, Pembangunan Modal Insan, dan Pendidikan Masyarakat. Program yang diadakan adalah khusus untuk mereka yang berumur antara 18 – 30 tahun. Namun begitu, penyertaan dibuka kepada masyarakat setempat yang berkeinginan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh KEMAS. AJK KEMAS Samarahan sebulat suara menetapkan yuran penyertaan adalah seperti berikut :

 Yuran tahunan bagi ahli lama 

:

 RM5

 Yuran tahunan bagi ahli baru 

:

 RM10

 Yuran bulanan 

:

 RM2

 

Alamat : Pejabat Kemas Daerah Kota Samarahan, D/a Pejabat Daerah, 94300 Kota Samarahan

Pegawai Kemas : En. Abduraya Abdul Gafor

No. Tel : 082671303

No. Fax : 082661385

 

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak salah satu program yang disediakan oleh pihak kemas yang bertanggungjawab ke atas pendidikan Taman Bimbinagn Kanak-Kanak(TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak(TASKA)

 

Pendidikan Kemahiran

Pendidikan kemahiran menyediakan kelas kemahiran seperti berikut:

1. Unit pembangunan Sosial

2. Masakan

3. Jahitan

4. Dandanan diri

5. Pendidikan kesejahteraan keluarga

6. seni tangan

7. Komputer

 

Pembangunan Komuniti

Pembangunan komuniti ini merupakan seksyen kesejahteraan desa dan pengurusan iaitu Unit Pembangunan Sosial, Unit Pengupayaan Ekonomi, Unit Latihan dan Kerjasama Strategik, dan Unit Pengurusan.Dalam pembangunan komuniti terdapat dua seksyen bagi menguruskan kesejahteraan komuniti iaitu seksyen bina insan dan seksyen pusat sumber.

 

* Sumber : Jabatan Kemajuan Masyarakat Bahagian Samarahan