USAHAWAN MINUMAN (BUKO)

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 

Syatirah 1       Syatirah 2

Nama produk

Usahawan Minuman (Buko)

Alamat

Kampung Naie, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm6.00 - Rm15.00

Nama pengusaha

Nur Syatirah binti Taha

No. telefon dan Fb

013-6142120

Fb https://www.facebook.com/Nursyatirahawannano

 

Bilangan pekerja

1 orang

Tentang perniagaan

Puan Syatirah merupakan seorang ibu dua orang anak yang bekerja di kilang. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Memiliki latar belakang keluarga usahawan, Puan Syatirah mewarisi kemahiran berniaga daripada ibu dan kakaknya yang merupakan pengusaha kuih muih,pencuci mulut dan aneka makanan.

 

Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Puan Syatirah telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya.

USAHAWAN MAKANAN (ROTI CANAI)

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

292451513 2566874606776672 7322945681509219613 n 319847507 3232396370404267 2070528933727168598 n

Nama produk

Usahawan makanan (Roti canai)

Alamat

Kampung Naie, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm2.00 - Rm20.00

Nama pengusaha

Fariza Binti Sikong

No. telefon dan Fb

013-5542669

Fb https://www.facebook.com/fariza.bintisikong

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Fariza merupakan seorang suri rumah. Beliau suka memasak, mahir dalam membuat kuih-muih serta roti canai. Suami beliau turut berkongsi minat yang sama justeru sering memanfaatkan kemudahan youtube untuk mencuba resepi roti canai yang terbaru. Untuk membantu suami menambah pendapatan, Puan Fariza menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual roti canai sejuk beku. Sambutan yang menggalakan daripada penduduk kampung menyebabkan beliau mengorak langkah membuka gerai roti canai di kedai makan Tanjung Tuang, Kota Samarahan.

Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Puan Fariza telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Petugas PEDi membimbing beliau cara membuat pelekat (sticker) produk. Beliau diajar cara membuat logo sendiri menggunakan perisian postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali produk yang dijual oleh Puan Fariza. 

USAHAWAN MAKANAN DAN PRODUK KESIHATAN

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

87c3d214-7e56-424f-a321-36a42b355155 321298158 685442076581426 7309004809649712191 n

Nama produk

Usahawan makanan dan produk kesihatan

Alamat

Kampung Niup, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm5.00 - Rm50

Nama pengusaha

Nuraliza Binti Narudin

No. telefon dan Fb

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Fb https://www.facebook.com/lieyza.eyza

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Cik Nuraliza merupakan lepasan Politeknik Kuching. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta yang terletak di Kota Samarahan. Komitmen dalam menguruskan keluarga menyebabkan Cik Nuraliza mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Memiliki latar belakang keluarga yang pandai berniaga, Cik Nuraliza mewarisi kemahiran berniaga daripada arwah ayahnya yang sebelum ini merupakan pengusaha kedai runcit di Kuching. Cik Nuraliza menjalankan perniagaan menjual kuih-muih, makanan bermasak dan biskut antaranya char kuew, donut, kek coklat keju, biskut semperit susu, tart nanas, batang buruk dan almond London. Beliau juga merupakan ejen berdaftar produk seperti Shaklee dan Amway. Sebelum mengenali PEDi, Cik Nuraliza hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. 

 

Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Cik Nuraliza telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Di PEDi, beliau telah mempelajari cara membuat pelekat (sticker) produk. Beliau dibimbing cara membuat logo sendiri menggunakan perisian microsoft power point dan postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali barangan yang dijual oleh Cik Nuraliza. Petugas PEDi turut membimbing beliau cara mengiklankan barangan yang dijual menggunakan platform jualan atas talian iaitu Shopee. Kursus keusahawanan di PEDi anjuran pihak Rakan Digital PEDi, KEMAS dan Unimas antara kursus yang pernah dihadiri oleh Cik Nuraliza bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

USAHAWAN MINYAK WANGI

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 

 IMG 20221130 144054 2-min IMG 20221130 152950-min

Nama produk

JZ Perfume

Alamat

Taman Desa Ilmu, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

RM10 - RM50

Nama pengusaha

Muhammad Rozaini bin Zen

No. telefon dan Fb

No Tel: 011-16015145

Fb: https://www.facebook.com/zean.zenny

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Encik Rozaini merupakan seorang pengusaha minyak wangi yang telah melibatkan diri dalam perniagaan sejak tahun 2017 pada bulan Disember. Beliau juga mempunyai ejen dan dropship yang membantu untuk mempromosikan produk minyak wangi. Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan Cash on Delivery (COD) kepada pelanggannya di sekitar Kuching dan Samarahan. Selain dari minyak wangi, beliau juga ada menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual tudung, baju dan tempahan gubahan bunga untuk majlis konvokesyen atau hari jadi. Perniaagan yang dijalankan beroperasi setiap hari dan permintaan terhadap produk keluaran beliau semakin meningkat kerana harga produk yang berpatutan.

 

Melalui kelas Latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kpg Niup, beliau kini telah mempunyai akaun Shopee sendiri yang dapat meningkatkan jualan produk minyak wangi dan freshner. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui Facebook dan membuat pesanan melalui Shopee. Pendapatan bualanan beliau kini mencecah RM2000-RM2500.

USAHAWAN ROTI, DONUT DAN WANTAN

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 8710072e-794f-412d-bc57-e6080a40e87d 241743555 3105752636416357 5143613339605498241 n-239x300

Nama produk

Usahawan roti, donut dan wantan

Alamat

Kampung Mang, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm5.00 - Rm10.00

Nama pengusaha

Norasmah Binti Suut

No. telefon dan Fb

014-8881058

Fb https://www.facebook.com/norasmah.asmah.14

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Cik Norasmah merupakan salah seorang staf AM Bakery Samarahan. Sebelum menyertai AM Bakery, beliau turut memiliki pengalaman bekerja di Big Apple Donut dan Sushi King. Minat dalam kerja pembuatan makanan, roti dan pastri menyebabkan beliau memilih untuk bekerja dalam perusahaan berkaitan bidang tersebut. Selain bekerja, beliau turut menjalankan bisnes kecil-kecilan sediri apabila ada kelapangan di rumah berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang telah ditimba dari tempat kerja.

Sebelum mengenali PEDi, Cik Norasmah hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Cik Norasmah telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Beliau dibimbing cara membuat logo sendiri (sticker pelekat) menggunakan perisian microsoft power point dan postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali barangan yang dijual oleh Cik Norasmah. Petugas PEDi turut membimbing beliau cara mengiklankan barangan yang dijual menggunakan platform jualan atas talian iaitu Shopee.