PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan samarahan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami. NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)  Pekan Samarahan diwujudkan untuk :

  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti
  2. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat
  3. Mendekatkan masyarakat dengan penggunaan komputer
  4. Memberi pendedahan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka
  5. Meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  1. Latihan ICT percuma kepada pengguna (Ahli NADI berdaftar)
  2. Latihan Keusahawanan (Ahli NADI berdaftar)
  3. Akses internet
  4. Fotokopi, cetakan, pengimbas (scanning), binding, lamina (laminating)
  5. Menaip surat / kad jemputan / sticker
  6. Pengemaskinian Bantuan Kerajaan (STR), pendaftaran SPA91, Erecruitment Sarawak, dll.

 

KENALI PETUGAS NADI :

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan Samarahan diuruskan oleh dua orang petugas. Untuk menjadi petugas NADI, calon harus melalui beberapa proses tapisan sebelum dilantik secara sah menjadi petugas. Kenali petugas NADI Pekan Samarahan :

 

PENGURUS 

PENOLONG PENGURUS 

 
Norlia binti Salleh 


nuraliza terkini

Nama : Norlia binti Salleh

Nama : Noraliza Binti Narudin

No. Tel : 016-8669417

No. Tel : 017-2622052

            Tarikh mula bertugas :            3 November 2023

            Tarikh mula bertugas :              19 Mei 2023

 

JUMLAH KEAHLIAN:

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan Samarahan telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada 18 Januari 2010. Ramai yang telah mendaftar diri sebagai ahli NADI Pekan Samarahan bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 

KEAHLIAN

JUMLAH

Ahli lama

1494

 Penambahan Ahli Baru Ogos 2024

10

 Keseluruhan pada Ogos 2024

1504

 

Emel NADI Pekan Samarahan adalah seperti berikut pekansamarahan.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan tentang aktiviti semasa yang dianjurkan oleh NADI dengan melayari portal NADI Pekan Samarahan dan media sosial di alamat berikut :

1) pekansamarahan.pjk.com.my

2) https://www.facebook.com/PEDiKampungNiup/?locale=ms_MY