Tarikh    : 15 November 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Pendidikan Islam secara interaktif. Dan memupuk minat pelajar melalui pendekatan pembelajaran digital.

Pada permulaan kelas,  peserta akan mendaftar melalui kod kuiz yang diberikan oleh pengajar.  Kemudian, Pelajar menjawab soalan secara langsung (live quiz).  Akhir sekali, analisis pencapaian dapat dibuat melalui laporan Quizizz.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 8 November 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta menjadi lebih kreatif dan idealistik

Pada permulaan kelas,  pengajar akan menerangkan konsep asas seperti daya gerakan (contohnya, udara dari belon boleh menggerakkan straw atau kertas).   Kemudian, pengajar memberikan bahan-bahan yang diperlukan seperti selotep kepada semua peserta. Petugas meminta mereka mencipta objek (seperti kapal) menggunakan selotep, kertas, dan straw. Akhir sekali, peserta akan uji ciptaan mereka, contohnya, melepaskan belon kertas untuk melihat sejauh mana ia boleh menggerakkan ciptaan mereka.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 1 November 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk membantu peserta mengenal nombor dan warna dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan serta mereka dapat belajar mengenali nombor sambil mewarnakan.

Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan cara mewarna mengikut nombor seperti yang ada dalam tabletnya. Kemudian, peserta memulakan aktiviti mewarna setelah mereka faham tugasan yang diberi. Seterusnya, peserta akan berlumba-lumba untuk menyiapkan mewarna tersebut dengan lebih cepat. Akhir sekali, peserta yang dapat menyiapkan tugasan mewarna tersebut dengan cepat, maka dialah pemenang dalam sesi pembelajaran itu.

 


Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 2 November 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mempelajari ilmu baru iaitu mengenali kegunaan papan kekunci

Pada permulaan kelas, peserta akan dipertontonkan terlebih dahulu video pengenalan komputer. Kemudian, peserta akan ditanya satu persatu mengenai peranti output seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Selepas itu, peserta akan menaip teks yang diberi oleh pengajar. Akhir sekali, peserta akan diuji dengan persoalan yang berkaitan dengan papan tetikus.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 17 Oktober 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk membekalkan mereka dengan kemahiran asas dalam menaip dan menggunakan teknologi pembentangan. Ini merangkumi kemahiran menaip dengan betul, menggunakan PowerPoint sebagai alat untuk menyusun dan membentangkan idea, serta mengembangkan kemahiran komunikasi dan kreativiti.

Pada permulaan kelas, pengajar mengagihkan bahan-bahan yang yang telah dicetak untuk peserta menaip ke dalam slide powerpoint. Kemudian, peserta memulakan menaip mereka dengan menekan Insert> Text Box   Untuk bahagian latar belakang teks yang telah di taip tadi, peserta menekan Right Click> Format Background > Picture fill> pilih gambar yang bersesuai dengan tajuk dan teks yang ditaip. Selepas itu, apabila kesemuanya sudah ditaip maka peserta akan menyimpan kerja tersebut dengan menekan Save.


Klik sini untuk lihat foto