nenas1.jpg.transformed cara-tanam-nanas 640px-Ananas comosus 003

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Ahmad Bin Haji Entai

Umur

63 tahun

Alamat

No. 27 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

019-8286227

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

 

     Dewasa ini, Kota Samarahan telah muncul sebagai antara daerah pengeluar komoditi nanas di Sarawak. Berekar-ekar tanah telah diusahakan oleh penduduk tempatan dengan tanaman tersebut membuktikan kejayaan pelan rancangan pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan. Selain Kampung Meranek, Empila, Tambey dan Naie Baru, Kampung Mang juga telah melonjakkan diri sebagai antara lokasi pengeluar nanas yang menjadi pilihan para pembeli dan pemborong nanas. Nanas keluaran ladang Kampung Mang bukan hanya dipasarkan di sekitar daerah Samarahan malah turut mendapat permintaan yang baik daripada pembeli di bahagian Kuching, Lundu dan Serian. 

    Encik Ahmad merupakan antara peserta projek tanaman nanas yang dikelolakan oleh pihak IADA Samarahan. Setelah berdekad-dekad berkecimpung dalam projek tanaman nanas ini, beliau bukan hanya telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga malah turut berpengalaman dalam bidang tersebut. Antara nanas yang diusahakan oleh beliau adalah nanas jenis josephine, sarikei, N36 dan nanas paun. Sekiranya ada pihak yang ingin mendapatkan khidmat bimbingan dan latihan berkaitan tanaman nanas, bolehlah menghubungi beliau. Dalam pada itu, hamparan ladang nanas yang luas saujana mata memandang, bukan hanya ladang nanas milik encik Ahmad termasuk juga ladang nanas milik penduduk-penduduk kampung, ianya pasti menarik minat pengunjung luar yang datang ke kawasan tersebut. Hal ini berpotensi besar untuk dikembangkan sebagai salah satu hub agro-pelancongan. Peserta yang berminat akan dibawa melawat ladang nanas dan akan diajar proses  penanaman nanas bermula daripada penyemaian anak benih, penanaman anak nanas, penjagaan pokok, pemasangan hormon dan penuaian buah nanas yang telah matang. Ladang nanas Kampung Mang juga sering menjadi lokasi yang dilawat oleh institusi-institusi pertanian dan pelajar daripada UITM dan UNIMAS.