DSCN8717

Peserta mereka slaid mengikut templat yang tersedia dalam Microsoft Power Point, menambah tajuk, gambar, dan memasukkan slaid baru. Peserta menyunting gambar dari internet untuk dimasukkan ke dalam slaid tersebut bagi memastikan slaid lebih menarik. Menambah pengetahuan ICT peserta dalam menghasilkan pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian.

 

Laporan Januari - Membina Slaid (Ms Power Point)

                                      - Suntingan Imej (Multtimedia)

 Tarikh   : 7 Januari 2018

Masa     : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Membangunkan kemahiran multimedia peserta. Melatih peserta untuk mencipta pembentangan dengan  menggunakan Microsoft Power Point untuk membina slaid. Mempelajari perisian Multimedia dengan lebih mendalam. Membantu dalam membuat tugasan di komputer. Menambah pengetahuan peserta dalam Microsoft Office dan Multimedia. Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan slaid untuk pembentangan.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti menambah tajuk, mereka slaid, menambah gambar, memasukkan slaid baru dan mengendalikan persembahan. Peserta menambah gambar yang di ambil dari internet bagi menghasilkanpembentangan visual  yang lebih menarik.