Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada golongan wanita menggunakan laman dashborad komuniti yang sedia ada dan mendidik mereka untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian. Melatih golongan wanita menggunkan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian melalui contoh produk tupperware.Membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala setiap minggu.
Laporan Januari - Latihan keusahawanan (Pemasaran dalam Talian)
Tarikh : 17 Januari 2018 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan computer Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia. Mendidik para wanita yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk Tupperware Malaysia. Membentuk golongan wanita agar kreatif dan inovatif dengan kemahiran computer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M.Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial.Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.