IMG 20180321 195442

Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat Resume. Mempelajari Suntingan Imej.

 

Laporan Mac - Bengkel Membuat Resume & Suntingan Imej

Tarikh    : 25 Mac 2018

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Publisher

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Publisher. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create resume yang terdapat di dalam microsoft publisher. Peserta memasukkan butiran peribadi ke dalam ruangan yang disediakan.

 

Kelas Multimedia (Suntingan Imej)

Peserta diberitahu untuk memasukkan gambar berukuran passport ke dalam resume. Para peserta belajar untuk mengedit gambar dan mengubah saiz gambar tersebut menggunakan Microsoft Office 2010. Gambar yang sudah siap dimasukkan ke dalam resume yang dibuat dalam Microsoft Publisher mengikut arahan dari petugas.Peserta dipandu cara untuk meletakkan gambar di kedudukan yang betul dalam resume.

 

Aktiviti

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Para peserta juga mempelajari Multimedia di mana mereka perlu memasukkan gambar mereka ke dalam resume yang telah dibuat.