Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Office Word. Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Word dan kemahiran menaip. Dapat meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan internet dengan bijak.
Laporan April - KDB (Tips Keselamatan Melayari Internet) & Latihan Menaip
Tarikh : 3 April 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Word Menguji ketangkasan mereka menaip. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan para peserta cara menaip, membuat page column,drop cap,membesar dan mengecil saiz tulisan serta memasukkan jadual dalam karangan yang dibuat. Para peserta memahami cara untuk membuat karangan lebih menarik. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip. Selepas itu, tayangan video klik dengan bijak. Para peserta mendengar penerangan petugas berkenaan internet sebagai sumber pelajaran dan boleh mencari maklumat untuk membuat kerja kursus.