Peserta mengikuti kelas klik dengan bijak berkenaan penipuan belian secara atas talian dan etika membeli online, sumber youtube. Mereka juga diterangkan oleh petugas berkenaan asas keusahawanan dan bagaimana cara menjalankan perniagaan secara online. Kelas ini dapat melatih diri peserta minat mempelajari tentang keusahawanan dan dapat mencipta sesuatu produk yang menarik untuk mereka jual. Mereka juga akan lebih bijak ketika melayari internet dan membeli barang secara atas talian.
Laporan Jun - KDB (Etika Membeli Online) & Latihan Keusahawanan (Membuat Beg Kertas)
Tarikh : 11 JUN 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti mereka cipta beg kertas yang menarik dengan menggunakan kertas A4.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Seterusnya, peserta membuat beg kertas menggunakan sumber youtube. Kelas ini meningkatkan tahap penguasaan computer & mendedahkan kaedah membuat tutorial youtube. Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet, tayangan video klik dengan bijak berkenaan etika membeli secara online dan penipuan membeli online dijalankan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.