Melatih peserta agar pandai dan cekap menggunakan microsoft power point. Selain itu, kelas yang telah diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI. Petugas juga dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.

Laporan Julai - KDB : Tips keselamatan di internet dan Microsoft power point : Latihan membuat nota pelajaran

Tarikh    : 6 Julai 2019

Masa     : 2.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft power point. Peserta dilatih membuat nota pelajaran yang cantik dan kreatif menggunakan perisian itu. Selain itu, penayangan video KDB berupaya mendidik peserta agar menitiberatkan keselamatan data peribadi sewaktu menggunakan internet agar tidak mengundang kejadian jenayah yang tidak diingini.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta  diajak menonton video KDB yang bertajuk "Tips keselamatan di internet". Selepas itu, petugas memperkenalkan kepada peserta perisian microsoft power point serta kegunaannya. Seterusnya, petugas meminta peserta menghasilkan nota subjek sejarah. Peserta melalui bimbingan petugas telah diajar cara menghasilkan nota yang cantik dan kreatif. Mereka diajar cara memasukkan perkataan, gambar, memasukkan tajuk dan bentuk yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat bertambah menarik.