Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word dan laman mewarna online.

Laporan Julai - Kelas asas ICT untuk ahli PI yang baru

Tarikh    : 7 Julai 2019

Masa     : 11.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word dan laman mewarna atas talian yang ada di internet. 

Aktiviti

Petugas mengajar ahli PI yang baru tentang microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan memasukkan gambar bagi mencantikkan lagi teks yang dibuat. Selepas selesai latihan menaip, petugas mengajar peserta mewarna menggunakan laman mewarna atas talian yang terdapat di internet.