Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip dan membuat jadual.

Laporan Julai - KDB : Tidak pasti jangan kongsi, Dashboard komuniti : My soal dan Microsoft Office Word : Latihan menaip dan membuat jadual

Tarikh    : 7 Julai 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan pada kali ini berupaya memberi kesedaran kepada para peserta tentang kewujudan maklumat palsu di internet. Oleh itu, peserta diingatkan agar menyelidik dahulu setiap maklumat yang diperolehi di internet khususnya di laman sosial sebelum menyebarkannya kepada umum. Tindakan menyebarkan maklumat yang tidak benar di internet merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan juga berupaya melahirkan murid yang celik IT. Mereka akan lebih mengenali komputer dan kegunaannya. Pada masa yang sama, kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word dapat ditingkatkan.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB "Tidak pasti jangan kongsi". Setelah menerangkan tentang perlunya peserta sebagai pengguna internet untuk berhati-hati dalam menerima setiap maklumat di internet agar mereka terhindar daripada perbuatan menyebarkan maklumat palsu, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word terutama kemahiran menaip dan membuat jadual berpandukan teks yang telah disediakan.