Meningkatkan pengetahuan pelajar agar berhati-hati dalam menggunakan internet. Selain itu, ianya dapat menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word khususnya dalam kalangan murid tahap satu.
Laporan Ogos - KDB : Penipuan internet dan Microsoft Office Word : Latihan menaip dan memasukkan imej.
Tarikh : 2 Ogos 2019 Masa : 3.30 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta akan kewujudan sendiket penipuan di internet (scam) dan lain-lain lagi. Kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft office word dapat ditingkatkan. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Penipuan Internet”. Petugas mengingatkan peserta agar mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang mesej meragukan yang diterima sewaktu melayari internet agar tidak menjadi mangsa penipuan. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Peserta diajar cara menggunakan perisian itu untuk menaip dan memasukkan gambar dari internet.