Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word.
Laporan Ogos - Kelas asas ICT
Tarikh : 4 Ogos 2019 Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta kelas menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Selepas itu, petugas mengajar ahli PI yang baru tentang asas-asas microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan memasukkan gambar bagi mencantikkan lagi teks yang dibuat.