Tarikh : 2 November 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melahirkan murid yang celik IT serta melatih kemahiran peserta dalam membuat video pendek yang menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Siber grooming”. Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penjenayah siber. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian windows movie maker. Petugas mengajar peserta asas dalam menggunakan windows movie maker seperti cara memasukkan tajuk dan tulisan, memasukkan gambar, menukar latar belakang dan memasukkan muzik. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal serta memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Peserta diberi tajuk video yang perlu dihasilkan dan diminta mendapatkan bahan video itu di internet. Petugas memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.