Tarikh : 2 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melahirkan murid yang celik IT serta menarik minat mereka agar sering mengunjungi PI.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Teknologi dan anda”. Penayangan video itu berupaya memberi informasi kepada peserta tentang perkembangan teknologi komputer dari zaman dahulu sehingga kini dan mendidik mereka agar memanfaatkan kemudahan teknologi itu dengan bijak. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft office word. Petugas memberikan peserta latihan menaip menggunakan teks yang telah disediakan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, cara membuat pemerengganan teks dan lain-lain lagi. Selepas kelas menaip, peserta diajar mewarna di internet menggunakan laman mewarna online.