Tarikh   : 4 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengenalan kepada peserta tentang microsoft office word serta melatih mereka kemahiran menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta dipertontonkan dengan video KDB bertajuk "Penipuan internet". Petugas mengingatkan peserta agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa penipuan. Selepas itu, petugas memberi peserta latihan menaip menggunakan teks surat kiriman rasmi yang telah disediakan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, cara membuat pemerengganan teks, memasukkan garis dan lain-lain lagi.

Klik sini untuk lihat foto