Tarikh   : 1 Febuari 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word khususnya untuk menaip dan membuat jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak  menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak terjebak dalam gejala buli siber. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Peserta diajar cara memasukkan jadual, menaip perkataan dan mewarnakan jadual. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto