Tarikh   : 4 Febuari 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word khususnya untuk menaip dan membuat peta minda.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak  menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berkongsi maklumat yang tidak  sepatutnya di laman  sosial kerana ianya berupaya mengundang musibah. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, font size dan cara memasukkan nombor. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto