Tarikh : 4 Julai 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Peserta lebih mengenali komputer dan berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Buli siber". Petugas mengingatkan peserta agar menghindarkan diri daripada menjadi pembuli siber serta bertindak bijak dalam menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa buli siber. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara membuka perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Peserta diajar cara memasukkan dan mewarnakan tajuk utama, menaip perkataan, menukar huruf besar dan kecil, menjarakkan perkataan dan membuat perenggan baru. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan kemudian memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.