Tarikh : 5 Julai 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Peserta lebih mengenali komputer dan berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word khususnya untuk membuat carta yang menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Sebenarnya.my". Peserta diajar tentang platform yang betul untuk menyelidik kesahihan sesuatu berita yang diterima di media sosial agar tidak menjadi penyebar kepada berita palsu. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft office word. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, dan tab. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat carta dan pemilihan warna pada perkataan agar carta yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.