Tarikh   : 7 Julai 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

 Tujuan

Peserta lebih mengenali komputer dan  berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word khususnya untuk dalam menaip dan membuat jadual aktiviti harian menggunakan perisian tersebut.

 Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Penayangan video tersebut berupaya menyedarkan kanak-kanak agar berwaspada kerana terdapat dalam kalangan pengguna internet yang mungkin berniat jahat dan boleh bertindak untuk mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya terhadap mereka. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal tentang cara menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan jadual, memasukkan perkataan dan mewarnakan jadual. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto