Tarikh : 1 Ogos 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta melatih kemahiran menaip kepada mereka.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Panggilan palsu". Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Petugas memberi peserta latihan menaip berpandukan teks yang telah diberikan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menukar saiz dan jenis tulisan, cara memasukkan nombor, cara menjarakkan perkataan dan cara membuat pemerengganan teks.