Tarikh   : 2 Ogos 2020

Masa     : 2.00 petang -  4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan windows movie maker serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat video yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Petugas mengingatkan peserta tentang wujudnya individu jahat yang suka mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan windows movie maker. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk video, memasukkan klip video yang dirakam, memotong bahagian video yang tidak diperlukan, memasukkan muzik, mempercepatkan kelajuan video serta menyimpan video yang telah siap. Pada akhir kelas, peserta  diajak mengulangkaji pelajaran menggunakan laman Quiziz. Subjek yang diulangkaji termasuklah sains, matematik dan sejarah.

Klik sini untuk lihat foto