Tarikh   : 4 Ogos 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan perisian paint serta meningkatkan kemahiran mereka dalam melukis dan mewarna bendera Malaysia menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dengan setiap maklumat yang diperoleh di internet serta menyelidik kesahihannya keranan terdapat kes penyebaran maklumat palsu di alam maya. Seterusnya, pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian paint yang pelbagai.  Petugas mengajar peserta cara memasukkan garisan dan bentuk yang sesuai untuk melukis bendera Malaysia. Petugas turut mengajar peserta cara memadam lukisan yang silap dibuat menggunakan eraser dan undo. Peserta turut diajar cara memasukkan warna. Akhir sekali, peserta diajar cara menukar kerja yang telah siap kepada format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto