Tarikh : 9 September 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Membimbing peserta membuat resume yang kemas dan menarik menggunakan perisian Canva.com.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan secara umum kepada peserta perisian-perisian di komputer yang boleh digunakan untuk menghasilkan resume seperti microsoft word, power point dan canva.com. Petugas menerangkan tentang kegunaan dan keistimewaan perisian Canva.com antaranya dapat digunakan untuk menghasilkan resume, kad jemputan untuk majlis perkahwinan, poster dan lain-lain lagi. Petugas mengajar peserta cara log masuk ke perisian Canva.com, cara memilih template dan membuat suntingan, memasukkan gambar dan memuat turun hasil resume yang siap dibuat. Petugas turut membimbing peserta berkenaan perkara-perkara utama yang harus ada dalam menghasilkan sebuah resume yang lengkap.