Tarikh   : 20 Oktober 2020

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dan membuat jadual menggunakan microsoft office word.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Berhati-hati dengan individu yang baru dikenali di media sosial". Petugas mengingatkan peserta agar tidak mudah mempercayai individu asing di media sosial. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara membuat jadual menggunakan microsoft office word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan jadual, memasukkan perkataan, mencari gambar dari google dan mewarnakan jadual agar kelihatan lebih menarik. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto