Tarikh : 2 November 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran menaip serta membimbing kecekapan mencari maklumat menggunakan google.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Peserta diajar cara memasukkan dan mewarnakan tajuk utama, memasukkan jadual dan mengisi maklumat pada jadual. Petugas meminta peserta mencari maklumat tambahan beserta gambar di aplikasi google. Petugas mengajar peserta cara menyalin maklumat di internet menggunakan kaedah copy-paste. Petugas juga mengajar peserta cara memuat turun gambar dari google. Peserta turut diajar cara memasukkan gambar ke dalam jadual yang telah dibuat. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung.