Tarikh   : 8 November 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan risalah yang kreatif dan menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Semak label". Tayangan video itu berupaya memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya memeriksa label sesuatu barangan elektronik sebelum membelinya. Selepas itu, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum  memasukkan gambar ke dalam risalah yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto