Tarikh   : 1 Disember 2020

Masa     : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memupuk  semangat keusahawanan dan melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word untuk membuat kad jemputan.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial agar tidak  terlibat dalam penyebaran maklumat palsu. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Petugas mengajar peserta cara menukar margin word dan aturan yang sesuai pada microsoft word untuk menghasilkan sebuah kad. Petugas mengajar peserta cara mendapatkan bingkai yang menarik di google dan cara mencantikkan sesebuah kad jemputan menggunakan tulisan yang kreatif dan sesuai. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas turut  memberi latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung. Di akhir kelas, petugas telah mencetak kad jemputan yang telah siap dibuat oleh peserta agar mereka dapat melihat hasil kerja mereka.

Klik sini untuk lihat foto