Tarikh   : 5 Disember 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta bahawa sikap suka berlebih-lebihan dalam berkongsi perihal diri di internet boleh mengundang padah. Mereka diingatkan agar bertindak bijak sebelum berkongsi sesuatu di media sosial khususnya. Seterusnya, petugas meminta peserta kelas membuka perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menaip. Peserta diajar cara memasukkan dan mewarnakan tajuk utama, menaip perkataan, menukar huruf besar dan kecil, menukar saiz tulisan, menjarakkan perkataan dan membuat perenggan baru. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto