Tarikh   : 17 Januari 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Menambahkan kecekapan peserta menggunakan microsoft power point untuk menaip dan  membuat  slide pembentangan yang cantik dan menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak para peserta menonton video KDB bertajuk "Penipuan internet". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati tentang perkara tersebut. Selepas itu, petugas meminta peserta membuka microsoft power point dan menerangkan tentang kegunaan perisian tersebut. Petugas meminta peserta membuat slide pembentangan. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan tulisan, meletakkan gambar yang telah dimuat turun daripada google, memasukkan bentuk untuk membuat peta minda menggunakan insert-shape, menukar latar belakang slide dan menambah slide baru. 

Klik sini untuk lihat foto