Tarikh : 1 Febuari 2021 Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak para peserta menonton video KDB bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berlebih-lebihan berkongsi tentang diri di media sosial. Selepas itu, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Peserta diajar cara membuat label nama untuk buku sekolah. Petugas mengajar peserta memasukkan petak untuk menaip menggunakan insert-table, menaip nama pada petak itu dan mencari gambar kartun yang menarik di google untuk dijadikan hiasan pada label nama.