Tarikh : 2 Febuari 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point serta meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip dan membuat carta yang menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak para peserta menonton video KDB bertajuk "Penipuan kewangan". Melalui video tersebut, peserta didedahkan tentang anncaman penipuan kewangan yang sering berlaku dewasa ini justeru dapat memupuk sikap waspada dalam kalangan mereka. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka microsoft power point. Petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, dan tab. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat carta dan pemilihan warna pada perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang slide dengan gambar yang menarik untuk mencantikkan carta. Di penghujung kelas, para peserta diajak mengulangkaji pelajaran dengan bermain e-kuiz. Antara subjek yang diulangkaji para peserta adalah subjek Sains, Jawi dan Reka Bentuk dan Teknologi.