Tarikh : 6 Febuari 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk membuat poster.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara membuat poster menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menukar margin power point kepada potrait. Kemudian petugas menerangkan kepada peserta ciri-ciri yang perlu ada untuk menghasilkan poster yang cantik dan menarik. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk yang sesuai dan memasukkan gambar yang telah dimuat turun dari google. Setelah poster siap, petugas mengajar peserta menyimpan hasil kerja dalam format JPEG.