Tarikh : 11 Febuari 2021 Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan laman postermywall serta meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan menggunakan laman tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Melalui video tersebut, petugas menitipkan pesanan kepada para peserta agak bertindak bijak dengan melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google. Peserta diajar cara memilih template untuk mencipta kad jemputan perkahwinan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Petugas turut menerangkan tentang ciri-ciri yang harus ada untuk menghasilkan sebuah kad yang cantik dan menarik. Setelah siap mengedit kad, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG. Sebelum kelas berakhir, petugas mengajak peserta mengulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz secara atas talian.