Tarikh   : 15 Febuari 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan laman postermywall serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat iklan perniagaan yang menarik menggunakan laman tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Semak label". Petugas menerangkan kepada peserta agar meneliti terlebih dahulu label pada barangan elektronik sebelum membeli. Barangan tanpa label keselamatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Selepas itu, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google.  Petugas menunjuk ajar cara memilih template untuk mencipta iklan perniagaan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Peserta turut diajar cara menambah gambar yang telah dimuat turun dari google dan dimasukkan ke dalam template iklan mereka. Setelah siap mengedit, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto