Tarikh   : 5 Mac 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan perisian adobe photoshop CS6 serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan suntingan imej yang kreatif.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Petugas mengingatkan peserta agar tidak mudah berkongsi maklumat diri dan perbankan khususnya kepada individu atau agensi yang meragukan agar tidak menjadi mangsa penipuan kewangan. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian adobe photoshop CS6. Petugas menerangkan tentang kegunaan perisian adobe  photoshop CS6. Petugas membuat praktikal  cara menggunakan perisian itu seperti cara memasukkan gambar latar belakang yang telah dimuat turun daripada google, cara memasukkan imej kedua pada gambar, cara memotong gambar menggunakan ikon yang terdapat pada perisian itu, cara membuat kemasan pada gambar dan cara memasukkan tulisan yang jelas dan menarik. Petugas meminta peserta mengedit gambar dengan memasukkan kata-kata hikmah yang diperoleh daripada google menggunakan perisian itu. Setelah kerja suntingan imej siap, petugas mengajar peserta menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG. Di penghujung kelas,  petugas mengajak peserta mengulang kaji pelajaran dengan bermain Quizizz. Subjek yang diulang kaji adalah subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Klik sini untuk lihat foto