Tarikh   : 15 Mac 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan nota pembelajaran kreatif menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Hendap siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berlebih-lebihan berkongsi tentang diri di media sosial agar tidak menjadi mangsa hendap siber. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum  memasukkan gambar ke dalam nota pembelajaran yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto