Tarikh   : 20 Mac 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan slide pembentangan yang kreatif menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Melalui video tersebut, peserta diberi kesedaran tentang wujudnya sindiket penipuan yang memperdaya mangsa demi untuk memperoleh wang dengan cara yang mudah tanpa takut dengan undang-undang. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar cara menukar latar belakang slide, cara memasukkan tajuk dan gambar yang menarik untuk muka hadapan slide. Peserta diajar cara menambah slide kedua dan seterusnya, memasukkan isi-isi slide berpandukan helaian yang telah diberi. Petugas mengajar peserta cara menjadikan slide menarik antaranya dengan memasukkan peta minda, gambar, isi yang ringkas tapi padat agar slide menjadi  ringkas dan mudah untuk dibaca.

Klik sini untuk lihat foto