Tarikh : 3 April 2021 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dan membuat carta organisasi yang menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing dan tab. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert-shape) untuk membuat carta organisasi dan pemilihan warna yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas. Petugas mengajar peserta cara menukar latar belakang slide agar carta yang dibuat bertambah menarik.